Islamic Widget



Wednesday, 23 November 2011

Andainya..

 
Andai kamu memancing ikan…..Setelah ikan itu terikat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil Ikan itu……

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….

Sebab ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin

ia akan menderita selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…

Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…..

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja……

Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat

melupakan segalanya selagi dia mampu mengingati… ..



Andainya kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap

pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh……

cukuplah sekadar keperluanmu. ……

Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula……

Akhirnya ia dibuang…..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…..



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. .

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. .

Anggaplah ia manusia biasa, Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…. .



Andai kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba untuk mencari makanan yang lain….

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….

yang membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah,cuba bandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan kehilangannya;

apabila dia menjadi milik orang lain,  kamu juga akan menyesal...



~ Hadis RIYAK ~



"Sesiapa yang memperdengarkan amalnya di hadapan orang, 
maka Allah akan menjadikan manusia memandang rendah 
dan menghinakan kerjanya itu."


Saturday, 20 August 2011

(If the beloved among us) لو كان بيننا الحبيب


Andai Rasulullah S.A.W bersama kita...
 

Lagu bagi program LAU KANA BAINANA yang disiarkan di TV AL-HIJRAH





   

Rancangan LAU KANA BAINANA...part wanita berpurdah menangis membuatkan saya sayu dan sebak...



 Rancangan ini mengisahkan persoalan sekiranya Rasulullah S.A.W hidup dan berada bersama-sama kita di dalam kehidupan moden hari ini...Marilah kita sama-sama hayati...


Monday, 20 June 2011

RESEPI MARBLE CHEESECAKE





Lorekkan atas kek yang tak berapa nak jadi..hehehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
Base (Lapisan Bawah)
  • 100g biskut marrie @ apa-apa biskut yang sesuai
  • 50g butter – dicairkan

Filling Cream Cheese (sumber: http://tiffinbiru.blogspot.com)
·         500 gram cream cheese
·         50 gram gula halus @ gula kastor
·         250 ml whipping cream
·         5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
·         120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
·         1 camca teh esen vanilla
·         100 gram gula halus @ gula kastor
·         1/4 camca teh cream of tartar
·          
CARA MEMBUATNYA :-)
Untuk Base (Lapisan Biskut);
1.      Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).
Untuk Filling;
  1. Panaskan oven pada suhu 160˚C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula halus @ gula kastor dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam bahan no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
5.      Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay. Kemudian bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.

kaedah "water-bath" (sumber google image)
  1. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam (saya biarkan selama 1 jam). Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam @ semalaman sebelum dihidangkan.
  2. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).  

Tuesday, 12 April 2011

ENAM MENGUMPAT YANG DIHARUSKAN


Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, setelah Imam al-Ghazali membicarakan secara panjang lebar berkenaan larangan dan sebab-sebab manusia mengumpat. Dinyatakan juga enam keuzuran (situasi) yang mengharuskan mengumpat, iaitu:
1.       Mengadu KEZALIMAN dan PENGKHIANATAN yang berlaku.

2.       Meminta pertolongan untuk MENGUBAH KEMUNGKARAN yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang)

3.       MEMINTA FATWA daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah s.a.w. tentang suaminya yang kedekut.

4.       MENYELAMATKAN SAUDARANYA DARIPADA KEJAHATAN SESEORANG seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin diserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada. Terdapat tiga golongan manusia yang seandainya diceritakan keburukan mereka maka ia tidak dikira mengumpat, iaitu pemimpin yang zalim, ahli bidaah dan seorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan.

5.       MEMPERKENALKAN SESEORANG YANG MEMANG TERKENAL DENGAN GELARAN TERTENTU. Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang, buta dan sebagainya.

6.       SESEORANG YANG TERANG-TERANGAN MELAKUKAN KEFASIQAN seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina dan sebagainya. Tetapi jika melakukannya secara bersembunyi, maka tidak harus menyebut tentang mereka.

Walau bagaimanapun, enam situasi ini mestilah dikawal dengan kaedah “al-dararu tuqaddaru bi qadariha” yang bermaksud, setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja. Ini bermakna sekiranya tidak disebut nama seseorang, maka itu lebuh baik. Tetapi sekiranya tidak disebut secara khusus menyebabkan situasi tersebut tidak dapat diatasi atau diselesaikan, maka bolehlah disebut nama. Perbuatan itu masih dikira mengumpat, tetapi hukumnya harus.

Dipetik daripada MAJALAH SOLUSI ISU 30, oleh Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang.

Monday, 4 April 2011

DOA UNTUK MENGUSIR SYAITAN DAN GANGGUANNYA


(i) Memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan.

(ii) Melaungkan azan.

(iii) Membaca zikir dari hadis-hadis Nabi dan membaca Al-Quran.

Saturday, 26 March 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
 

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat… ”
Wassalam,

“Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu”

Subhanallah… Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W ” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

* Dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!