Islamic Widget



Saturday 26 March 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
 

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat… ”
Wassalam,

“Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu”

Subhanallah… Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W ” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

* Dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Monday 21 March 2011

SURAH AL-KAHFI


"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari dan jika Al-Dajjal muncul, 
maka terhindar dia daripadanya."
(HR Ibnu Katsir)

Saturday 12 March 2011

~24 PERKARA JANGAN DIAMALKAN~







Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan dan seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:





1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT.


2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.


3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


5- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.


7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.


8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.


14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16- Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.


18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.


19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.


22- Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA.


24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga.




Tuesday 8 March 2011

ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU





Teringat bulan Ramadhan tahun lepas aku 'accident' dengan 'celeng'...korang tau tak apa tu 'celeng'?...itu dalam bahasa jawa yang membawa maksud spesis binatang najis berat iaitu babi...heheh..terror aku langgar binatang tu kan? kena samak kete aku dulu sebelum dihantar ke bengkel...kang tak pasal2 aku dapat dosa pula kalau mekanik2 tu pegang tempat kena langgar ngan babi tu..melayang duit nak buat untuk raya...takpe aku redho tu semua berlaku..mungkin ada hikmah...Allah nak aku lebih banyakkan bersedekah daripada beli baju berpasang2 (tersenyum kambing sendiri, betullah tu..)selalu nak berseronok je ngan baju cantik tapi lupa pada yang sepatutnya kita bantu...


Ok, lah berbalik pada cerita aku tadi...selalunya jika terpegang atau terlanggar dengan najis mughallazah seperti anjing & babi semua orang akan cakap kena 'samak'...sebenarnya definisi 'samak' itu lain. Untuk membersihkan kotoran najis mughallazah hendaklah dengan 'sertu'...mmm, baru aku tau..kalau takde yang bertanya sampai bila2 aku guna perkataan 'samak'...almaklumlah benda2 macam ni tak pernah diambil berat sangat...Di sini aku sertakan maksud Istinjak, Samak dan Sertu untuk pengetahuan kita bersama...


ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU

1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.

2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).


Sabda Rasulullah S.A.W.:

Bila salah seorang antara kamu pergi buang air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana demikian itu cukuplah untuknya(Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)


3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:

(a) air mutlak;

(b) benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.


4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:

(a) bahan-bahan makanan seperti roti;

(b) tulang-tulang binatang;

(c) kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat­-ayat Al-Quran dan Al-Hadis.



CARA BERISTINJAK

1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :

(a) menggunakan air mutlak;

i. bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih

ii. pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.


(b) menggunakan benda kesat atau batu

i. hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,

ii. jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu tersebut,

iii. sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.


(c) menggunakan air dan batu;

i. menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,

ii. kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya.

~ Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b)~


2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.


3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:

(a) alat tersebut kering dan bersih;

(b) alat tersebut bukan daripada benda yang

(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;

(d) najis tersebut masih belum kering;

(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;

(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;

(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.



Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:

(a) menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;

(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;

(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;

(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;

(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.


SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)



SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali dan satu kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.



HIKMAT SERTU DAN SAMAK

1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.

2. Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.

3. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan

semua peralatan harian.

4. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

5. Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

6. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.





(sumber: google)

KELEBIHAN BANGUN AWAL PADA WAKTU PAGI







Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani:~

1. Sains mengatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik. Ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid. Semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insya'allah...

2. Kandungan 'al-kortozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kortozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

3. Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.

4. Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.

5. Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan.

Begitu mulianya waktu Subuh, Rasulullah SAW secara khusus berdoa. “Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).


* Kesihatan tubuh badan akan dirasai orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak / lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.




Monday 7 March 2011

REZEKI







 
 

3 Tanda Keberkatan Dalam Mencari Rezeki:-

1- Sentiasa tenang.

2- Ada rezeki boleh bawa diri ke arah kebaikan.(cth: pergi masjid, menunaikan haji)

3- Rasa cukup dan boleh menderma.


* Berkata tidak benar dan menyusahkan orang lain adalah HARAM.
* Jangan ambil hak orang lain kerana Allah akan mengambil hak kita.




Sunday 6 March 2011

CARAMEL STICKY CHICKEN









Semalam nampak ayam dalam peti ais terus teringin nak buat Sticky Caramel Chicken (cewah cakap omputih pulak). Kalau dalam bahasa melayu senang cakap ayam masak madu la..baru dapat resepi ni dari internet...First time buat..Alhamdulillah menjadi..berselera Alisya & Adila makan..tapi memang sedap dan senang dibuat..dibawah saya sertakan resepinya...SELAMAT MENCUBA!...


nak lagi....


cedapnyer....



BAHAN-BAHAN:

* 12 keping kepak ayam (sesekor ayam)

* 2 sudu besar minyak masak

* 3 ulas bawang putih (diketuk)

* 1 sudu besar halia dicincang

* 1 sudu besar sos ikan (boleh diganti dengan sos tiram)

* 1 sudu besar kicap

* 1 sudu besar sos cili

* 1/4 cawan (60ml) madu


CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.

2. Masukkan semua sos dan madu. Kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua ayam masak dan bersalut dengan sos.

3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada ayam ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedia dihidang...


(sumber: http://irmadilondon.blogspot.com)





Saturday 5 March 2011

JODOH ITU RAHSIA










Seringkali kita dengar soalan rutin yang diajukan soalan kepada wanita yang belum berpunya....

******************************************************

Sang Penanya: Bila engkau nak kahwin?

Sang Penjawab: Belum ada jodoh lagi kak..(sambil tersenyum, tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu)

Sang Penanya: Ala, engkau tu memilih sangat...bukan tak ada orang yang nak dekat kau...tapi ko yang reject...bukan takde jodoh lagi..itu namanya ko memilih...

Sang Penjawab: Erghhh...mmm..jodoh di tangan Allah kak..(terkesima dan sedih diperkatakan begitu)

Sang Penanya: Jodoh di tangan Allah, tapi kau patut berikhtiar mencari dan memilih pasangan kau sendiri.

Sang Penjawab: .............. (lebih baik diam daripada berlawan cakap dengan orang yang tak faham..)

**************************************************************************

Sejak azali Allah sudah menentukan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita...


Namun jika belum ada jodoh atau sukar bertemu jodoh walaupun telah berusaha dan berikhtiar mencari mungkin kerana belum sampai masanya kita bertemu jodoh mengikut perkiraan Allah.


Tetapi jangan pula kita bersangka buruk dengan Allah...berbaik sangkalah dengan Allah dan jangan sesekali perputus asa untuk berusaha.


"Jodoh di tangan Allah, tetapi manusia perlu berikhtiar mencari dan memilih"
 

Pendapat ini baik namun belum begitu sempurna...


"Jodoh di tangan Allah dan manusia berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Allah".


Pendapat ini lebih sempurna kerana memang itulah aturan dan cara mencari/memilih jodoh...


Jangan bersedih wahai wanita-wanita yang belum bertemu jodoh...BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH...




 







Friday 4 March 2011

PENJUAL MINYAK WANGI vs TUKANG BESI

Sahabat yang baik seperti PENJUAL MINYAK WANGI,
Walaupun kita tidak memperolehi minyak wanginya
tetapi pasti dapat menumpang wangiannya...

Manakala, bersahabat dengan kawan yang jahat pula,
seperti berkawan dengan TUKANG BESI.
Walaupun tidak terkena percikan api,
tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap 
yang terkena pada badannya...

Carilah sahabat yang menjual MINYAK WANGI.
Walaupun anda tidak membelinya
tetapi anda pasti menjadi wangi kerana
dapat mencubanya secara percuma setiap hari...

Inilah perumpamaan Rasulullah S.A.W tentang sahabat...