Islamic Widget



Tuesday, 22 October 2013

Seketul daging yang bernama H A T I



Duhai H A T I

Halang dosa dan noda hitam dari menyalutimu

Hindari dari hasad dan prasangka

Jauhkan dendam dan marah

Hapuskan riyak dan takbur



Duhai H A T I

Bersihkan noda-noda hitam

Semburkan dengan wangian kemaafan

Hadirkan dengan cantiknya sabar

Hamparkan dengan segulung keredhaan

Moga istiqomah tawakal pada yang Esa





Ya Allah., lembutkan lah hatiku..
Agar aku mudah menangis dihadapan Mu kerana dosaku bukan kerana sesesamaku..
Janganlah Engkau keraskan hatiku..
Semoga hati yang lapang mudah menerima Hidayah Mu..Aamiin . 









Saturday, 23 February 2013

RAHSIA SETIAP LANGKAH DALAM SOLAT








1. NIAT SOLAT- Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat


2. BERDIRI BETUL- Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur


3. TAKBIRATUL IHRAM- Fadhilatnya sebagai pelita menerangi kita dalam kubur


4. AL-FATIHAH- Fadhilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur


5. RUKUK- Sebagai tikar kita di dalam kubur


6. IKTIDAL- Minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur


7. SUJUD- Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim


8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (AWAL)- Akan menaung panji- panji nabi kita di dalam kubur


9. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (AKHIR)- Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar


10. TAHIYAT AKHIR- Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur


11. SELAWAT NABI- Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur


12. SALAM- Memelihara kita di dalam kubur


13. TERTIB- Pertemuan kita dengan ALLAH S.W.T




Wednesday, 10 October 2012

Hikmah di sebalik....








Seringkali kita merasakan kurang senang dengan perangai manusia sekeliling kita...Seringkali juga kita dipertemukan dengan manusia yang tidak kita duga..Marah, kecewa, tidak puas hati...itulah perasaan yang bercampur baur jika kita bertemu dengan manusia sedemikian..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah: 286)


Namun setiap pertemuan itu Allah telah menyediakan hikmah disebaliknya..Kadangkala yang paling kita benci itu yang terbaik buat kita, dan yang paling kita sayang dan suka itu mungkin bukan yg terbaik buat kita..

“…Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).


Oleh itu janganlah kita merasakan hanya kita yang mempunyai masalah yang tidak tertanggung...Tapi sebenarnya itulah kehidupan yang perlu kita tempuh untuk mematangkan diri kita agar menjadi yang lebih baik..Semua keadaan itu dapat kita hargai andai kita memandang hikmah disebaliknya..INSYA'ALLAH..




Sunday, 7 October 2012

Sayangi yg MUDA & Menghormati yg TUA...



















BILA MUSIM DURIAN DATANG....

Tiba je musim durian aku dah tak keruan nak makan durian..cari punya cari jumpa jugaklah durian sekilo RM5.00 (boleh dikira mahal sbb baru awal-awal musim)...boleh lah nak buat makan. Tapi sebenarnya nak buat serawa durian makan dengan pulut..mmm, terangkat dapat pekena dengan air teh O panas ataupun kopi O panas...Alhamdulillah sedap jugak aku buat walaupun baru je kali kedua masak resepi ni..kalau dah teringin sanggup masak dan cari resepi...nak mintak kat mak malu..dulu tak nak belajar,hehehe..last2 cari sendiri...

Macam ni la rupa serawa durian yang dicurah di atas pulut....mmmmm, tak tahan...(ayat aku yang mengidam mcm org mengandung,hahahahah..)






RESEPI SERAWA DURIAN: 
  • Durian
  • Gula pasir 
  • Gula melaka
  • Santan (ikut kuantiti durian)
  • Garam
  • Air
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
  1. Isi durian masukkan dalam periuk & ramas (saya suka masuk durian bersama dgn biji)
  2. Masukkan air sedikit (air sama paras dengan durian)
  3. Letakkan gula pasir & gula melaka 
  4. Selepas gula hancur, masukkan santan kelapa
  5. Masukkan garam sedikit.
PULUT:-
  • Pulut 5 cawan(direndam 30 minit @ semalaman)
  • Santan (setengah biji kelapa)
 CARA-CARA MEMBUATNYA:-
  1. Rendam pulut yang telah dibasuh dan direndam semalaman.
  2. Kukus pulut selama 15 minit.
  3. Kemudian masukkan santan ke dalam pulut. Gaul rata. Masak semula selama 15 minit.
  4. Masukkan santan sekali lagi ke dalam pulut. Gaul rata. Masak 15 minit lagi.

***TUTORIAL CARA MELETAKKAN 'ARABIC' DALAM WINDOWS 7***

First of all.....

1. Klik Start -> Control Panel
2. Pilih "Change keyboards or other input methods"





3. Klik "Change keyboards" pada jendela berikut :





4. Klik "Add.." pada jendela berikut :





5. Cari "Arabic (Saudi Arabia)"  lalu klik tanda + untuk menambah pilihan. Beri tanda / pada "Arabic (101)" seperti pada gambar dibawah ini :






6. Klik OK untuk menutup jendela, lalu klik Apply, dan OK sekali lagi untuk menyelesaikannya.

7. Lihat hasil perubahan pada Toolbar, akan muncul ikon EN, klik ikon tersebut untuk memilih bahasa pilihan, seperti pada gambar dibawah ini :


8. SELESAI.......& SELAMAT MENCUBA...

* Tutorial ini juga boleh digunakan untuk memasukkan bahasa selain Bahasa Arab.






sumber: http://multazamtech.blogspot.com/2011/11/tutorial-menambahkan-teksbahasa-arab.html 

 

Wednesday, 23 November 2011

Andainya..

 
Andai kamu memancing ikan…..Setelah ikan itu terikat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil Ikan itu……

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….

Sebab ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin

ia akan menderita selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…

Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…..

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja……

Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat

melupakan segalanya selagi dia mampu mengingati… ..



Andainya kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap

pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh……

cukuplah sekadar keperluanmu. ……

Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula……

Akhirnya ia dibuang…..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…..



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. .

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. .

Anggaplah ia manusia biasa, Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…. .



Andai kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba untuk mencari makanan yang lain….

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….

yang membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah,cuba bandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan kehilangannya;

apabila dia menjadi milik orang lain,  kamu juga akan menyesal...